BUKU NOTA RUJUKAN DAN LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA ARAB KSSM TINGKATAN 2 MODUL ABU SAKEENA

 


BUKU NOTA RUJUKAN DAN LATIHAN PENGUKUHAN
BAHASA ARAB KSSM TINGKATAN 2
MODUL ABU SAKEENA

Modul Bahasa Arab KSSM Tingkatan 2 edisi tahun 2020 ini dilakukan banyak perubahan sejajar dengan format peperiksaan PT3 KSSM bermula pada tahun 2019 yang lalu. Buku ini ditambah semua tajuk qawaid yang merangkumi sukatan pelajaran PT3 2020. Peruntukkan markah yang paling banyak adalah dibahagian qawaid ini. Dalam buku ini diselitkan tips-tips menjawab semua jenis soalan untuk memantapkan pelajar dengan sukatan tingkatan 2 bahasa Arab KSSM. Pelajar yang menguasai semua isi kandungan dalam buku ini akan mampu menjawab soalan PT3 dengan baik, insha Allah. Modul ini juga banyak menyediakan tips membina ayat untuk memahirkan pelajar agar mereka berani membina ayat serta membina karangan sendiri.

Guru bertanggungjawab membimbing pelajar untuk menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Modul ini akan meringankan beban guru dan pelajar kerana isi kandungan buku teks lebih terarah kepada latihan tanpa disediakan penerangan sesuatu tajuk. Modul ini menyediakan nota rujukan dalam Bahasa Melayu yang menjelaskan secara asas dan terperinci tentang sesuatu topik yang dipelajari.

Pelajar dikehendaki menghafal senarai kalimah setiap unit yang telah diterjemahkan dalam modul ini untuk memudahkan pembelajaran bab berikutnya.

Penerbit: Abu Sakeena Enterprise
Tahun terbitan: 2020
Jumlah muka surat: 171
Pengedar seluruh Malaysia: Buku Stam Enterprise