BUKU NOTA RUJUKAN DAN LATIHAN PENGUKUHAN BAHASA ARAB AL MUASIRAH KBDKBT TINGKATAN 1 MODUL ABU SAKEENA

 


BUKU NOTA RUJUKAN DAN LATIHAN PENGUKUHAN
BAHASA ARAB AL MUASIRAH KBDKBT TINGKATAN 1
MODUL ABU SAKEENA

Modul ini memudahkan para pelajar untuk memahami pembelajaran Bahasa Arab Al Muasirah sukatan baharu yang dinamakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Perubahan kurikulum ini merupakan cabaran bagi guru untuk membantu pelajar menguasai bahasa Al-Quran ini. Insha Allah, modul ini akan membantu guru dan pelajar kerana disediakan nota dalam bahasa Melayu diikuti latihan pengukuhan.

Guru bertanggungjawab membimbing pelajar untuk menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Modul ini akan meringankan beban guru dan pelajar kerana isi kandungan buku teks lebih terarah kepada latihan tanpa disediakan penerangan sesuatu tajuk. Modul ini menyediakan nota rujukan dalam bahasa Melayu yang menjelaskan secara asas dan terperinci tentang sesuatu topik yang dipelajari.

Para pelajar dikehendaki menghafal senarai kalimah setiap unit yang telah diterjemahkan dalam modul ini untuk memudahkan pembelajaran bab berikutnya. 

Penerbit: Abu Sakeena Enterprise
Tahun terbitan: 2020
Jumlah muka surat: 219
Pengedar seluruh Malaysia: Buku Stam Enterprise