BUKU NOTA RUJUKAN DAN LATIHAN PENGUKUHAN
BAHASA ARAB KSSM TINGKATAN 3
MODUL ABU SAKEENA
Buku Modul Abu Sakeena Bahasa Arab Tingkatan 3 KSSM ini edisi cetakkan ketiga tahun 2020 merupakan edisi penambahbaikkan berdasarkan soalan peperiksaan PT3 KSSM yang bermula pada tahun 2019. Buku modul terbaru ini disesuaikan mengikut peperiksaan PT3 dengan harapan agar pelajar dapat menguasai subjek Bahasa Arab dengan sebaik mungkin.
Guru bertanggungjawab membimbing pelajar untuk menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Modul ini akan meringankan beban guru dan pelajar kerana isi kandungan buku teks lebih terarah kepada latihan tanpa disediakan penerangan sesuatu tajuk. Modul ini menyediakan nota rujukan dalam Bahasa Melayu yang menjelaskan secara asas dan terperinci tentang sesuatu topik yang dipelajari.
Pelajar dikehendaki menghafal senarai kalimah setiap unit yang telah diterjemahkan dalam modul ini untuk memudahkan pembelajaran.
Untuk memantapkan lagi persiapan pelajar untuk menghadapi peperiksaan PT3 pelajar digalakkan memiliki buku Modul Latih Tubi PT3 Abu Sakeena yang menyediakan banyak latihan secara topikal serta mengandungi set lengkap soalan klon PT3,
Penerbit: Abu Sakeena Enterprise
Tahun terbitan: 2020
Jumlah muka surat: 176
Pengedar seluruh Malaysia: Buku Stam Enterprise